Bercuti ke maldives -bahagian 2

Maaf, saya ambil masa terlalu lama untuk update entry ke maldives ni. Sibuk sgt la katakan.

Sebagai seorang business woman s tak terlepas dari jadual yg padat dlm waktu biasa.. So bercuti adalah terapi sy dan husband untuk reward diri kami setelah penat bekerja.

Ok kita cerita pasal hari ke dua di maldives.

Day 2:

Jalan-jalan ke town dia “male”, iaitu pulau yg agak sibuk dgn banyak urusan pejabat. Kereta diorg kat sini milage xluak rasanya.. Pulau male ni kecik. 

Alhamdulilah ada masjid setiap pulau yg sy pergi.

Saya rasa kita sebagai umat islam patut datang ke maldives ni sebab mereka semua majority beragama islam, so kita dapat menyumbang kepada mereka.
Kami tido di hulhumale, pagi tu kitorg naik bas je ke jeti utk naik feri ke male, jaraknya dekat shj dlm 15-25min sebab kita kena tunggu feri kat jeti. 

Gambar kat bawah ni kat jeti je sebenarnya.. Cantik kan..

Gambar kat bawah ni semua di town male tu .. 1 hari je dah cukup round 1 male. 

Kalo nak jimat bawak bekal pon ok, makanan kat sini mahal skit al maklum lah guna usd. 

Sy ada terserempak dgn group member cina, diorg kata menyesal tak bawak makanan drp malaysia, sbb diorg rasa xcukup duit dah sbb bawak 200usd shj. So u all bwk la mknan siap2, xmkn pon xpe tp at least standby kan..

Masjid di male

Pasar ikan.. Hasil ikan diorg mmg byk.. Al maklum la di tepi laut kan..

Ini lah jeti hulhumale utk ke male

Leave a comment