Tempat beli kain di Guangzhou

Kali ni nurul nak share tempat beli kain terbesar di guangzhou ni. Sesuai sangat kalo nak beli kain berpapan papan..

jgn pulak beli kain ikut meter, tak di layan diorg ya… huhu..

Cara nak pergi guna metro guangzhou senang je. Turun di station sun yat sen university (line biru). Keluar je terus exit A dan keluar drp pintu tu belok kiri ke jalan besar lps tu ke kanan, jln je ikut tepi jln besar tu smpi la heaven kain yg anda cari

Aksesori berkaitan dgn kain semua ada di sini, brand baju yang glamour2 tu semua beli kat sini ya..

order je kain tu lps tu soh kedai tu hantar ke shipping company anda. Semoga entry ni membantu anda mencari nya. Doakan saya dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik ya..

Cara ke shenzhen melalui guangzhou menaiki bullet train

Salam, hi, kali ni sy share cara nak ke Shenzhen tp dgn menaiki bullet train.

Actually kalo nak cepat mmg kena naik bullet train ni, 38minit je sampai Shenzhen,

Untuk ke Shenzhen ada 3cara:

1. By car, sewa la kereta dlm 300-400yuan (lambat sbb jln jem)

2. By train, naik metro smpi Guangzhou East Railway station than beli tiket train terus guangzhou, sampai dalam 1 jam 1/2 setengah.

3. By bullet train, naik metro sampai Guangzhou South Railway station dan lps tu beli tiket naik bulet train, sampai Shenzhen dlm masa 38minit je. Cepat tau.. kos 74.5yuan utk ekonomi dan 199yuan utk business class.

Utk beli tiket bullet train ni, kena g beratur di kaunter tiket, g jalan smpi nampak mcdonald, depan skit di penjuru tu ada signboard besar tulis tiket, so beratur dan bawak pasport skali tau. Diorg perlukan pasport kita utk beli tiket.

Bawah ni rupa business class die, selesa sgt mcm naik business class kapal terbang u allz, kalo dlm rm , rm120 sampai Shenzhen utk business class, die akan bg chinese tea n kain basah tu je.. bawak la makan sendiri ya..

Sampai je shenzhen, terus ke train Shenzhen north railway station, kat situ terus link dgn metro Shenzhen pulak, so u all xkan pening, sgt mudah. So kalo nak g mana2 naik je metro Shenzhen sbb lg cepat, masa sy pergi ni, memanjang jem je bila naik teksi, stress pulak. Bila naik metro rasa sejuk n tenang je walaupun ramai org. Yg penting metro ni kita akan potong jln jem n cepat smpi.

Masa nak balik u all beli tiket di station yg sama , Shenzhen north railway station, beli tiket mcm biasa utk blk guangzhou, kitorg blk hari je sbb pergi atas urusan business.

Pandangan terminal utk bullet trainNi kaunter tiket, Ini tiket business class ke Shenzhen

Beli perabot di china

Salam, kali ni saya nak share pasal nak beli perabot kat china ni, kita beli kat foshan.

Foshan ni sebelah guangzhou je, dalam 45minit guangzhou-foshan. Untuk ke foshan ada 2 cara,

1. By taxi je, ckp kat org taxi tu nak ke foshan, mesti dia tahu, kosnya dalam RMB300 sehala.

2. By metro guangzhou, anda terus ke Xilang(line1) , keluar je xilang tu naik teksi terus ke foshan, (metro RMB4 sorang + teksi RMB132=RMB136) . Untuk pengetahuan semua, metro xboleh direct ke foshan, so xilang adalah the nearest metro station ya.

Foshan ni adalah syurga perabot terbesar dunia, perabot yg alif shukri terlajak laris tu pun beli kat foshan tau, murah gile.. bila shipping pun still murah drp beli kat kl.

Untuk balik semula guangzhou, ambil je taxi or kereta sapu(makesure anda nego harga n tunjuk kad nama hotel korang) saya dapat RMB180 foshan-guangzhou (haizu square).

Perabot ni memang makan masa lama nak survey, so korang kena spend seharian kat sini.. sy belanje dgn kos 10k utk semua perabot office sy,

Kerusi office sy beli rm90 je kat guangzhou, kalo kat kl rm399 tau.. yg lain2 koranh survey sendiri ya..

Pengalaman bercuti di sapporo, hokkaido -part 3

Kali ni saya nak share tempat yg kami pergi iaitu zoo maruyama.

Maruyama zoo dan maruyama park ni bersebelahan shj. Masa musim salji ni sangat cantik nak tangkap gamba kat maruyama park ni, putih je dgn rangka2 pokok yg byk, ye la musim salji ni kan semua pokok tinggal batang je hehe..


Cara nak pergi zoo maruyama: naik subway ikut lane oren ke Maruyama koen.

Sampai di maruyama koen keluar ke exit 3. 

Ada 2cara nak g zoo:

 1st-kalo malas nak jalan, keluar je exti 3, ada teksi, anda bleh naik je teksi kosnya 670yen -1km drp station subway.

2nd-Jalan kaki sejauh 1km utk ke zoo, keluar je exit 3 straight je lalu depan KFC, smpi hujung jln akn masuk maruyama park, n tanya je org kat situ, mcm mana nak ke zoo.. straight je pun ada signboard. Senang.. 

**if bwk budak2 n takut budak2 penat, better naik teksi je smpi ke maruyama zoo, nnt masa nak blk bleh la jalan ke subway station jika xpenat.

Lastday

Normally g hokkaido ni naik airasia flight pagi kan, kitorg ni malas nak berkejar2 pagi utk naik train. So 1day before nak blk, kami pindah hotel lain yg dekat dengan airport. Kami duduk di aera chitose. Normally hotel aera sini ada sediakan free shuttle bus ke airport, so kite xperlu pening2 nak kejar2 JR or subway.

Antara hotel di Chitose: queen hotel chitose, hotel areaone(depan queen hotel), hotel route inn, chitose airport hotel(depan route inn hotel). 

Anda kena check hotel2 ni ada free shuttle tak. Yg saya tahu, chitose airport hotel dan queen hotel chitose ada free bus shuttle.

Lokasi hotel2 ni dekat dgn train JR, bleh jln kaki je, dan juga dekat dgn Aeon supermarket so bleh la anda jalan2 di aeon. 

Jika rajin jln, bleh la g rera outlet di station JR berikutnya-train berhenti betul2 sebelah rera outlet.


Pengalaman bercuti di sapporo, hokkaido -Part2

Ok entry kali ni saya nak share tempat kami lawat hari berikutnya.. takino suzuran hillside park. Masuk free.

Musim salji mesti la benda wajib kita mesti buat iaitu main salji.

Cara nak pergi:

Nak pergi ke sini, first naik la subway line warna hijau sampai ke makomanai. Turun je situ, terus gi naik bus no 106 (platform2) lepas keluar pintu station tu belok ke kiri ya.

Naik bus kos dia 440yen sorang. Naik sampai station terakhir ya, selagi semua org xbangun korang jgn gatal2 keluar drp bus ya. Smpi je, terus ke entrance dlm picture bawah ni.


Kat park ni, boleh sewa baju n snowshoe secara fREE ya. Kalo nak main ski tu kena byr ya sewa peralatan dia. 

Untuk budak2 sesuai sgt main snowtube je, kalo xthu kat mana snow tube tu, tanya je kaunter infomation, mereka pasti membantu.

Pengalaman bercuti di Sapporo, Hokkaido

Salam dan hi.. entry kali ni saya tulis direct drp hotel kami menginap sebab takut lupa.. next time saya pergi lg, boleh la rujuk kat blog sendiri hehe.. semoga entry ini dpt memberi info pd anda.

1st thing: pocket wifi vs roaming celcom flatrate.

Sebelum ni setiap kali ke luar negara, sy akan guna roaming flatrate yg celcom offer tu RM38 sehari, tp 500mb je.. 

Kali ni ke Jepun, sy try guna Pocket wifi pulak. Ternyata ia tak mengecewakan. Memang sangat berbaloi. Saya sewa pocket wifi kat klia2 RM15sehari, 6hari pergi kos nya RM90 shj. Deposit RM200, nnt akn dipulangkan masa return back pocket wifi tu(akan dibank in dlm masa 2-3hari)

Kelebihan pocket wifi: Murah RM15 sehari je, boleh guna untuk maximum 5handphone sekali guna. Disebabkan saya guna 2hp dan husband guna 2hp, seauai sgt la kami guna benda ni.

Ini dia rupa pocket wifi

Company pocket wifi

1st day. 

Sampai je airport kami releks2 dulu sarapan pagi hasil belian makanan lat dlm kapalterbang td, dlm flight kami tido je, so sampai airport kite melantak la dulu. Kat airport ada tempat doreamon n hellokitty, sesuai nak bwk budak2 cuci2 mata.

Beli tiket 1day pass ke otaru: Disebabkan baru smpai , terus la ke station train dia untuk ke sapporo ya, sbb kita semua stay sana. Tiket ke otaru tu beli terus di sebelah mesin jual tiket JR. 

harganya 1700yen seorang n korang akan dpt 1pass unlimited utk 1hari subway. Mmg berbaloi.

Ini lah dia . pass nya ada kat dalam.

Depan hotel kami duduk

Dah sampai station JR sapporo, kita tuka train subway pulak utk ke hotel, station hosuisusukino exit 3, betul2 seberang jln hotel kami, daiwa roynet hotel , korang juga boleh stay di APA hotel hosui susukino, ia juga bersebelah dgn subway hosui susukino.

Di sini: dekat dgn nijo market (pasar yg ade jual hasil laut) ketam dia mmg terbaik (harga pun terbaik ya serendah 4000yen kami mkn) duit habis kat makan/entrence fee dan transport je.. lokasi: keluar pintu daiwa roynet hotel, belok kanan straight je smpisungai, lps sungai belok ke kiri, straight je akan jumpa. (If xthu, tanya org kat sana, pasti diorg akn bantu)


2nd day:

Otaru: tempat yang kami lawat,

 1.otaru aquarium, 2. LeTAO (kedai cheese cake paling sedap)-kedai die jauh skit drp JRstation ya, menghala ke canal ya.. 3. Kedai-kedai jual kaca dilorong belakang kedai LeTAO

Ni lah cheesecake yg sedap tu

Otaru Aquarium: cara nak pergi sana:

Keluar je JR station otaru, pergi tourist information kaunter n dapatkan kertas diskaun, ckp kat org tu nak ke otaru aquarium. Nnt die bagi 1flyrs dpt harga 900yen sorang dewasa dan 400 kanak2 8thn, 200yen budak 3thn.

Naik bus no 11 kat station no 3, nnt org kaunter tu akan ajarkan. Pls makesure anda g sebelah pagi ya. Sbb jln ngan penguin 11.30am, dolphin show jam 11am. So bertolak la drp hotel jam 8ke.. 

3rd day

Mount mt.moiwa ropeway

Untuk ke sini, sila naik streetcar. Boleh ke streetcar-bebetul sebelah station susukino. Keluar je station susukino terus akan jumpa streetcar. Fee streetcar 170yen sorang, kanak2 90yen. – naik sampai station ropeway iriguci, lps tu terus naik bus shuttle ke sana free shj.

Ini dia map untuk streetcar

Jgn lupa amik flyrs diskaun ni dalam streetcar ya, utk dpt harga 1500yen, dpt menjimatkan yen anda.

Ini rupanya, flyrs diskaun utk naik ropeway mt.

Paris wheel: atas bangunan apa tah, dah lupa nama dia. Kalo nak naik, masa tunggu streetcar dtg kat station suskino tu, anda tlg mendongak ke atas, n pandang sebelah kiri, mata anda berlegar-legar sikit kat aera situ, nnt anda akan nampak. So bila dah nampak, korang berjalan la ke arah bangunan tu ya.. naik tingkat 7, dan bleh merasa naik bendaalah tu.. harga nya sorang 600yen, 3tahun ke bwh percuma ya. Gamba xde, xsempat nak amik. 

Bercuti ke maldives bahagian 3

Part ni saya paling enjoy, sbb hari ke 3 kami ke pulau lain pulak. Kami ke pulau maafusi.

Mcm biasa kami naik bot biasa amik masa 1jam setengah untuk sampai ke pulau ini. Naik speedboat pon boleh, 30min je dah sampai. Tp kami nak rasa naik bot biasa mcm mana, mmg slow la sikit sbb murah kan. Org putih paling ramai naik bot biasa ni.. 

Ni hotel di maafusi.sy pilih hotelni sbb depan hotel je terus pantai.. Mmg cantik.

Anda jangan takut, sampai je jeti kat maafusi tu, pekerja hotel ni akan sambut kita dgn percuma shj. 

Kalo kita nak jalan kaki ke hotel mereka sendiri pon boleh sbb pulai die kecik je bagi sy.. Kenderaan dalam pulai ni hanyalah motordan basikal.

Sampai je di hotel, diorg akan explain pd kita aktiviti apa yg menarik di sini. Jgn takut anda boleh pilih ikut kemampuan.

Sy rekomen, anda spend duit pd aktiviti kat sini sebab mmg pengalaman tu anda xpernah dapat. Kita dpt tgk dolphin liar, kejar turtle dlm laut dalam, snorkeling dlm laut dlm mahupun cetek.  xpe xpandai berenang pon xpe, ade lifejacket. 



Yg syoknya kami dpt kwn baru drp rusia until today kami still berhubung lg 😊.. Wonderful trip.. 

Sy doakan anda semua berpeluang merasainya.. Salam 

Bercuti ke maldives -bahagian 2

Maaf, saya ambil masa terlalu lama untuk update entry ke maldives ni. Sibuk sgt la katakan.

Sebagai seorang business woman s tak terlepas dari jadual yg padat dlm waktu biasa.. So bercuti adalah terapi sy dan husband untuk reward diri kami setelah penat bekerja.

Ok kita cerita pasal hari ke dua di maldives.

Day 2:

Jalan-jalan ke town dia “male”, iaitu pulau yg agak sibuk dgn banyak urusan pejabat. Kereta diorg kat sini milage xluak rasanya.. Pulau male ni kecik. 

Alhamdulilah ada masjid setiap pulau yg sy pergi.

Saya rasa kita sebagai umat islam patut datang ke maldives ni sebab mereka semua majority beragama islam, so kita dapat menyumbang kepada mereka.
Kami tido di hulhumale, pagi tu kitorg naik bas je ke jeti utk naik feri ke male, jaraknya dekat shj dlm 15-25min sebab kita kena tunggu feri kat jeti. 

Gambar kat bawah ni kat jeti je sebenarnya.. Cantik kan..

Gambar kat bawah ni semua di town male tu .. 1 hari je dah cukup round 1 male. 

Kalo nak jimat bawak bekal pon ok, makanan kat sini mahal skit al maklum lah guna usd. 

Sy ada terserempak dgn group member cina, diorg kata menyesal tak bawak makanan drp malaysia, sbb diorg rasa xcukup duit dah sbb bawak 200usd shj. So u all bwk la mknan siap2, xmkn pon xpe tp at least standby kan..

Masjid di male

Pasar ikan.. Hasil ikan diorg mmg byk.. Al maklum la di tepi laut kan..

Ini lah jeti hulhumale utk ke male

Pengalaman bercuti ke Maldives

Maldives, kalo org biasa dgr diorg akan cakap mahal.. Mana tak nya, bila tang pelancong diorg akn guna USD terus, utk org tempatan matawang nya ruffiya.

Sy booking air asia, masa air asia buka laluan ke maldives so sy pon gatal2 tgn ni g booking tiket. 2org g blk dlm rm1300++ selepas tolak point big sikit. 

Sy dah siap2 booking hotel sebelum ke maldives, guna booking.com , kelemahan booking.com ni, die xtolak duit kita siap2, so bila sampi hotel yg kite booking tu, harga yg die ckp dh RM tu xsama nilai masa bayar disebabkan faktor tukaran asing.

So saya advise semua, kalo nk booking, better guna agoda or website lain yg direct tolak duit kita, means terus bayar hotel tu siap2, supaya kite tak lari budget masa sampai kat sana nanti.

1st day

Gerak dari klia 2, n sampai male airport dalam kul 8 lebih waktu maldives, kereta hotel yg jemput kami dgn additional caj 10usd seorg. Dekat je pon 10usd.. Tp byr je la, sbb nk selamat sampai hotel. 

Malam tu kami stay kat daerah hulhumale sbb esok pagi nya sy nk jln2 d bandar male dan tgk apa ada kat sana sebelum nak ke maafusi 

   

    
 

Pengalaman ke Pulau pangkor

25dis15 kami pun cuti2 malaysia la.. Disebabkan dlm keluarga kami ni ade sorang yg tengah sarat mengadung dan xboleh naik kapal terbang, so papa pon decide utk ke pangkor sbb dekat dgn kpg papa.. 

Kitorg naik feri kat marina bay.. Tiket feri rm10 seorg.. Jgn di buang tiket feri ni ya, masa blk nnt kena tunjuk kat die utk naik secara free.. So rm10 tu utk g blk ya.. Budak2 pulak rm5 utk atas 3tahun, so bwh 3 tahun free ya..

Mak ai.. Konon cuti krismas, we all beratur nak naik feri 2jam ye.. Tobat nak beratur panjang2 mcm ni lg.. 

Parking kereta kat marina bay ni ade tempat vip patking, betul2 depan jeti.. Rm30 semalam, so we all pegi 3hari rm90 parking, kalo nak parking yg murah skit pn ade, rm10 semalam, tp kena jln skit utk ke jeti.

  
Atas tu gamba adik tgh jd tukang ejust parking… Vip punya parking ni kitorg dpt yg berbumbung so sejuk la sikit kereta.

Smpai pangkor je kitorg naik je van2 pink tu rm20 satu van, sumbat la semua org, kitorg g 8dewasa n 4kanak2..

We all dok kat purnama beach, sbb papa yg nak belanja so kami pon follow je .. kalo nk g pantai tu kena jln sikit.. Tp kat kawasan ni happening skit sbb ramai org.. 

Pantai kat sini ok la utk mandi, tp xde la macam maldives ke ek.. So terima seadanya je la.. Snokerling pon xde nampak ikan.. Air keruh sbb ramai sgt org..   

Kitorg amik pakej rm25 sorang tu, die bwk tgk batu bentuk buaya, bentuk penyu,bentuk ikan paus.. Tp semua tu dekat je.. N lps tu die soh snokering tmpat gmba atas ni.. 

Tips: amik pakej tu hati2, minta diorg explain bebetul apa yg di beri.. 

Sbb we all kena kari ngan org bot tu, alasan sbb air surut la bagai, xnk bwk tmpt snokerling tu, lps sy bising ngan owner die baru la die bwk g pulau yg snokerling tu..

  
Kesimpulan utk 3hari ni, ok la tempat dia utk kita bersama dgn keluarga, tp utk snokerling mmg out ya.. Better u all g sabah n snokerling lg best.

Kat pangkor ni beli ikan bilis n satay ikan je la ok hehe..